Perkidmatan Kerusi Roda

Semua pameran boleh diakses dengan kerusi roda. Kerusi roda boleh digunakan secara percuma berhampiran lobi pejabat Zoo. Perkhidmatan kerusi roda disediakan untuk pelawat kurang upaya dan warga emas.

Kemudahan Tandas

Terdapat 5 buah tandas disediakan untuk pengunjung di sekitar zoo. Semasa ketibaan, tandas pelawat terdekat terletak di hadapan pintu masuk utama.

Peta zoo

Peta zoo disediakan di Pusat Infomasi Pelancongan berdekatan dengan pintu masuk utama dan di pintu masuk zoo atas permintaan.

Surau

Bagi umat Islam, surau disediakan berhampiran kawasan pintu masuk zoo. Tempat berwuduk disediakan di dalam surau.

Trem Zoo

Penat berjalan? Naiki trem zoo secara percuma dan alami pengembaraan yang menarik sambil mendengar penerangan tentang haiwan kami yang menarik. Perkhidmatan trem disediakan dari pukul 8:30pagi sehingga 6:00 petang untuk Zoo Taiping dan dari pukul 8:00 malam sehingga 11:00 malam untuk Night Safari.

Lawatan Buggy

Untuk membantu anda menikmati zoo secara eksklusif, menaiki buggy boleh memberi anda peluang untuk berhubung dengan haiwan pada tahap yang lebih dekat. Tiket boleh dibeli di kaunter tiket di stesen trem hanya RM 10.00 untuk dewasa dan RM 6.00 untuk kanak-kanak. Masa buggy Zoo: 8:30 a.m – 5:00 p.m Safari Malam: 8:00 p.m -11:00 p.m

Tempat Letak Kereta

Tempat letak kereta disediakan kepada pengunjung zoo di kawasan parking A dengan kadar : Kereta : RM3.00 sekali masuk Motor: RM 1.00 sekali masuk