Majlis Perbandaran Taiping, pentadbir Zoo Taiping telah memulakan satu skim anak angkat yang memberi peluang kepada individu, orang awam, badan korporat atau lain-lain agensi yang berminat untuk memilih seekor atau sekumpulan binatang peliharaan di Zoo Taiping untuk dijadikan anak angkat. Bakal 'ibu bapa angkat' ini akan menanggung kos peliharaan binatang tersebut selama setahun.

Orang ramai juga mempunyai pilihan untuk menaja perkhidmatan berkaitan serta kemudahan yang lain seperti landskap, papan tanda, pondok rehat dan infrastuktur lain yang difikirkan perlu. Pihak yang berminat boleh berunding dengan pihak Majlis untuk mendapatkan projek yang sesuai dari segi kemampuan atau keperluan.



Insentif kepeda orang ramai yang mengambil bahagian dalam Skim Anak Angat
Platinum Emas Perak Gangsa Ikhlas
RM50,000.00 ke atas RM30,000 - 49,000 RM10,000 - 29,999 RM1,000 - 9,999 RM100 - 999
  Platinum Emas Perak Gangsa Ikhlas
Pas Khas Percuma Zoo Taiping 200 pcs 200 pcs 50 pcs 10 pcs 2 pcs
Pas Khas Percuma Night Safari 200 pcs 200 pcs 50 pcs 10 pcs 2 pcs
Satu Plak Khas Di kandang Pameran Haiwan Yang Ditaja Bersaiz 18�x12�.
Tertera Nama Penanja Pada Papan Makluman Penaja Yang Dipamerkan Di Kawasan Pintu Masuk Zoo Taiping & Night Safari.
Pas letak kereta percuma bagi tempoh setahun di kawasan Majlis Perbandaran Taiping. 2 (2 kereta) 2 (2 kereta) 1 (1 kereta)
Pengecualian cukai pendapatan.