Mengunjungi Zoo Taiping adalah mudah. Tidak kira dari mana anda memulakan perjalanan, terdapat beberapa cara yang cepat dan mudah untuk tiba ke sini.

Pengunjung yang menaiki bas ekspres akan berhenti di Terminal Bas Kamunting. 

Penumpang kereta api dari arah utara atau selatan perlu berhenti di Stesen Kereta Api Taiping.

Kereta 

  • Pemandu dari arah utara melalui Lebuhraya Utara Selatan boleh keluar di Plaza Tol Kamunting manakala mereka yang dalam perjalanan dari selatan boleh keluar di Plaza Tol Changkat Jering. Seterusnya, ikut papan tanda ke Zoo Taiping & Night Safari.

Rancang perjalanan anda dengan:

  • Peta google atau Waze 

Kadar letak kereta setiap kemasukan:

Jenis Kenderaan  Kadar Setiap Kemasukan
Motor  RM1.00
Kereta  RM3.00
Bus  RM5.00
  • Grab

Penumpang yang menempah kereta melalui aplikasi Grab boleh memasukkan lokasi  Zoo Taiping & Night Safari ke GPS untuk tiba ke sana. 

  • Teksi 

Pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan teksi di Terminal Bas Kamunting dan Pusat Penjaja Larut Matang untuk ke Zoo Taiping & Night Safari.