Quick facts

Jangka hayat

Di alam liar, jangka hayat 30 tahun adalah purata, sementara di penangkaran, mencapai umur 60 tahun adalah normal

Diet

Makan pelbagai biji, bahan tumbuhan, buah-buahan, dan kacang-kacangan

Habitat

Hutan hujan

Jenis

Makaw Kuning hidup dan membiak di Amerika Selatan tropika, dari Panama, dan ke selatan ke Brazil, Bolivia, Uruguay dan Trinidad.

Makaw kuning ialah seekor nuri yang besar. Ia sangat popular dengan peminat burung kerana warna bulunya yang terang, keupayaannya bertutur dan melakukan aksi. Burung ini cerdik, mudah menyesuaikan diri, bersikap ingin tahu dan suka bermain. Ia juga boleh menzahirkan perasaannya melalui gelagat seperti mengangguk, mununduk serta banyak lagi terlatah lucu. Namun, jika ia tidak dijaga dengan baik, ia mungkin menunujukkan kelakuan yang agresif seperti mengigit, menjerit dan mencabut bulunya sendiri.