Quick facts

Jangka hayat

25-30 tahun

Diet

Buah-buahan, daun muda, tunas dan serangga

Habitat

Hutan tinggal di semua paras ketinggian. Barat daya China dan Myanmar timur ke Thailand serta di barat laut Sumatera dan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Jenis

Ungka Tangan Putih dari selatan China, Burma, Thailand dan Laos ke Semenanjung Malaysia dan Sumatera

Penghibur Rimba Setiap pagi, hutan rimba dihiburkan oleh sahutan-sahutan nyaring kumpulan-kumpulan ungka yang berbeza. 'Duet-duet" ini biasanya di antara pasangan ungka yang telah mengawan. Di samping mengeratkan hubungan mereka, laungan-laungan ini juga untuk mengisytiharkan kawasan setiap kumpulan serta menghalau para penceroboh. Kehidupan Berkeluarga Ungka Tangan Putih setia kepada satu pasangan. Mereka tinggal dalam kumpulan kecil terdiri daripada pasangan yang telah mengawan dan anak-anak mereka. Anak-anak ungka tinggal bersama ibu-bapa mereka sehingga remaja lalu dihalau keluar dari kumpulan itu.