Quick facts

Jangka hayat

16 tahun

Diet

Ikan, belalang, ketam dan kepah.

Habitat

Sungai di pergunungan hingga ke tepi pantai.

Jenis

Memerang Kecil di selatan India, selatan China, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina

Memerang kecil ialah spesies memerang yang terkecil di dunia, beratnya kurang daripada 5kg. Ia aktif pada waktu siang dan mempunyai penglihatan yang sangat baik. Mereka tinggal berkumpulan yang terdiri daripada lebih kurang 12 ekor individu. Tempat tinggal mereka adalah lubang-lubang yang dikorek di tebing-tebing sungai yang berlumpur.