Quick facts

Jangka hayat

26 tahun

Diet

Rumput, daun dan dedak.

Habitat

Hutan hujan tropika dengan ketinggian 10,000 kaki.

Jenis

Rusa Ubi adalah rusa besar yang berasal dari benua kecil India, China Selatan, dan Asia Tenggara

Rusa Ubi aktif pada waktu malam atau senja. Rusa Ubi jantan ialah di antara rusa yang terbesar di Asia Tenggara. Ia sering bersendirian, amat kewilayahan dan agresif pada musim membiak. Ia juga mengawan dengan sebanyak rusa betina yang boleh. Rusa betina pula hidup dalam kawanan kecil yang terdiri daripada 3 atau 4 ekor ahli sahaja iaitu seekor betina dewasa, anaknya yang baru lahir, dan seekor atau dua rusa betina yang belum matang.