Quick facts

Jangka hayat

30-40 tahun

Diet

Omnivor

Habitat

Savana, kawasan yang bertumbuhan jarang dan kawasan gunung.

Jenis

Burung unta menduduki Afrika di utara dan selatan Sahara, Afrika Timur, Afrika di selatan kawasan hutan hujan, dan sebahagian besar Asia Kecil.

Burung Unta ialah burung yang terbesar di dunia. Ia tidak boleh terbang tetapi ia boleh berlari dengan awat laju. Malah, ia juga adalah haiwan berkaki dua yang terpantas. Kaki yang kuat, lutut yang fleksibel serta kaki berjejari dua adalah ciri-ciri adaptasinya untuk memecut sehingga kelajuan 70km/jam dan berlari jarak jauh. Burung Unta hidup di dalam kawasan kecil yang terdiri daripada 8 hingga 11 ekor burung, diketuai seekor jantan yang utama. Burung jantan mempunyai bulu ekor yang lembut lagi melentik. Saiz burung betina pula kecil sedikit dan berbulu perang dengan bulu sayap dan ekor yang berwarna putih. Anak burung unta berwarna kelabu-perang.