Quick facts

Jangka hayat

10-15 tahun

Diet

Daun dan rumput

Habitat

Hutan belantara dan dataran lapang.

Jenis

Nilgai adalah endemik kepada benua kecil India: populasi utama berlaku di India, Nepal dan Pakistan.

Nilgai adalah sejenis antelop dan binatang liar yang paling biasa ditemui di Asia Tengah, Utara India, Timur Pakistan dan beberapa bahagian di selatan Nepal. Jantan Nilgai dewasa berupa seperti lembu yang berkulit kelabu-kebiruan , sebab inilah ia juga dikenali sebagai 'Blue Bull'. Nilgai adalah antelop yang terbesar di Asia. Ia aktif pada siang hari dan hidup di kawasan padang rumput dan hutan di mana ia memakan rumput, dedaun pucuk dan buah-buahan.