Quick facts

Jangka hayat

30 tahun

Diet

Daun, rumput dan buah-buahan.

Habitat

Tanah pamah hutan hujan tropika

Jenis

Badak Tampung termasuk Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar (Burma), Thailand dan Vietnam.

Tapir merupakan sejenis haiwan mamalia yang telah lama wujud. Juga dikenali sebagai Tapir, Cipan, Kipan, Badak Tampung, Badak Tenuk, Badak Babi, Kuda Air dan Senuk. Terdapat empat jenis tenuk, satu di Asia dan tiga lagi di Amerika Tengah dan Selatan. Tenuk Malaysia adalah spesis yang terbesar dan hanya didapati di Asia Tenggara. Tapir jenis ini mudah untuk dikenali melalui warna bulunya yang putih dan hitam. Corak begini tampak sangat ketara tetapi sebenarnya membantu tenuk menyamarkan dirinya di dalam hutan pada waktu malam sebab ia merupakan seekor haiwan noktural. Tenuk mengembara untuk jarak-jarak yang jauh untuk mencari makanan. Ia boleh memanjat bukit dan berenang dengan baik. Ia tinggal dalam kumpulan yang kecil terdiri daripada sepasang dewasa atau ibu bersama anak-anaknya.