Quick facts

Jangka hayat

60-75 tahun

Diet

Rumput, akar, daun dan buah-buahan.

Habitat

Hutan belukar & Rimba, Hutan Hujan Tropika.

Jenis

Diedarkan di seluruh benua kecil India dan Asia Tenggara, dari India di barat, Nepal di utara, Sumatera di selatan, dan ke Borneo di timur.

Gajah Asia adalah haiwan darat yang besar. Ia didapati dari Sri Lanka, India melalui Indochina sehingga ke Malaysia dan Sumatera. Kini, kebanyakan gajah Asia digunakan sebagai tenaga kerja dan sangat sedikit sahaja yang tinggal di hutan. Mamalia ini mempunyai pertalian sosial yang kukuh dan hidup di dalam kumpulan keluarga yang diketuai oleh seekor gajah betina utama. Kadangkala, gajah jantan akan menyertai kumpulan itu. Gajah pandai berenang. Ia tidak mempunyai pemangsa semulajadi kecuali manusia. Ia menghadapi bahaya kepupusan disebabkan oleh kehilangan habitat dan pemburuan haram untuk mendapatkan gading-gadingnya yang amat berharga.