Quick facts

Jangka hayat

50-60 tahun

Diet

Omnivor

Habitat

Ia didapati di sebahagian Afrika, Asia Selatan, Timur Tengah dan Eropah Selatan.

Jenis

Ia ditemui di bahagian Afrika, Asia selatan (Bangladesh, Pakistan, India, dan Sri Lanka), Timur Tengah (Iran, Turki, Cyprus, Israel, Lubnan, Kuwait, dan Bahrain) dan selatan Eropah.

Flamingo Besar adalah jenis flamingo yang terbesar dan terluas taburannya. Flamingo yang tinggal jauh dari kawasan tropika akan berhijrah ke kawasan beriklim panas untuk musim sejuk. Warna bulu Flamingo yang merah jambu terang datang dari protin keratin dalam makanannya iaitu krustasia seperti udang, larva, planton dan alga. Jika kekurangan bekalan makanan ini, bulunya akan menjadi putih semula. Jika anda lihat kepala flamingo di dalam air , itu adalah cara pemakannya. Paruhnya yang berbentuk istimewa khusus untuk menceduk lalu menapiskan makanan di dalam air.