Quick facts

Jangka hayat

60 tahun

Diet

Ikan

Habitat

Di kawasan-kawasan air tawar seperti sungai dan tasek.

Jenis

Buaya Jelulong berasal dari Semenanjung Malaysia, Sarawak, dan Indonesia (Sumatra, dan Borneo), tetapi telah dipupus di Singapura dan Thailand.

Buaya Jejulong adalah sejenis buaya air tawar yang besar. Ia diberikan nama False Gharial sebab muncungnya yang panjang lagi tirus mirip buaya Gharial yang terdapat di Utara India. Buaya Jejulong pula hanya ditemui di Asia Tenggara. Sangat sedikit daripada anak-anak buaya Jejulong yang terus hidup sehingga dewasa kerana kebanyakkannya dimakan oleh pemangsa seperti babi hutan dan ular.