Quick facts

Jangka hayat

22 tahun

Diet

Omnivor

Habitat

Hutan

Jenis

Musang Pulut berasal dari India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar, Sri Lanka, Thailand, Singapura, Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam, Laos, Kemboja, Vietnam, China, Filipina dan kepulauan Indonesia.

Musang Pulut bersaiz kecil, berbulu kelabu-hitam dan mirip seekor kucing berhidung panjang. Ia paling mudah dikenali melalui 3 jalur gelap di sepanjang belakangnya dan topeng hitam di mukanya yang serupa seperti pada rakun.