Quick facts

Jangka hayat

30 tahun

Diet

Krustasea, reptilia, katak, serangga, tikus dan kumbang besar

Habitat

Berhampiran air, paya bakau, sawah padi, hutan paya lembab tropika dan separa tropika.

Jenis

Burung Hantu Ketumbuk Ketampi adalah dari Bangladesh, Myanmar, Thailand, Malaysia dan Singapura ke Kemboja, Laos, Vietnam dan Kepulauan Sunda.

Burung hantu ketumbuk ketampi ialah sejenis burung hantu tempatan. Ia dipanggil ketumbuk ketampi kerana pegerakan kepalanya yang naik turun seperti melakukan ketuk-ketampi. Habitatnya berhampiran air,paya bakau, dan sawah padi kerana makanan utamanya ialah ikan dan kehidupan akuatik yang lain. Burung ini memiliki beberapa ciri yang tersendiri, sepasang mata yang kuning berkilau, tompok putih diantara bulu keningnya dan bulu telinga yang panjang.