Quick facts

Jangka hayat

20 tahun

Diet

Daun, Pucuk, Rumput dan Buah-buahan

Habitat

Pinggir hutan dan Hutan kayu-kayuan.

Jenis

Di India dan melalui Nepal, Bhutan, Bangladesh dan Sri Lanka.

Rusa Bintik sering dianggap spesis rusa yang paling cantik. Ia adalah haiwan asli di India di mana ia dipanggil sebagai Chital. Ia merupakan rusa yang sederhana besar, bulu yang berwarna merah-perang serta berbintik. Hanya rusa jantan yang mempunyai tanduk dan tanduknya yang bercabang 3 ini luruh dan tumbuh semula setiap setahun. Rusa Bintik hidup dalam kawanan yang terdiri daripada lebih 100 ekor, biasanya diketuai oleh seekor rusa betina yang tua.