Quick facts

Jangka hayat

20 tahun

Diet

Karnivor

Habitat

Kawasan batuan, Tanah pamah dan Hutan hujan tropika.

Jenis

Dari China dan India melalui semenanjung Tanah Melayu, Thailand, dan Vietnam.

Kucing Tulap adalah kucing liar yang bersaiz 2 kali lebih besar daripada kucing rumah. Kawasan taburannya adalah luas ia meliputi Asia Selatan, China dan Asia Tenggara. Pada bulunya yang kasar, terdapat warna kemerahan, keemasan, kelabu atau hitam. Tanda seperti huruf M dapat dilihat di dahinya. Subspesies Kucing Tulap di China juga dikenali sebagai 'kucing batu' kerana ia tinggal di kawasan berbatu, dan memiliki bulu berbintik seperti harimau bintang.