Quick facts

Jangka hayat

Proses pengeraman mengambil masa selama 22 hingga 24 hari. Mencapai kematangan pada usia 3 atau 4 tahun.

-

Diet

Omnivor

Habitat

Pantai Texas, Louisiana dan selatan Florida. Ia juga terdapat di kawasan tropikan dan di Amerika Tengah dan Selatan.

Jenis

Ia terdiri daripada Pantai Teluk Texas dan Hindia Barat ke Argentina dan Chile

Burung Sudu Afrika ialah sejenis unggas randuk yang terdapat di Amerika Utara dan Selatan. Tingginya kira-kira 76 cm dan bentuk badannya seperti badan burung Bangau. Burung ini diberi nama tersebut oleh kerana bulunya yang berwarna merah jambu dan paruhnya yang berbentuk seperti sudu. Paruhnya amat sesuai untuk mengaut dan menapis hidupan akautik kecil seperti undang dan krustasia lain. Seperti Flamingo, warna bulunya juga datang daripada makanannya dan akan cepat pudar jika dietnya berubah.