Mengenai Kami Tapak Peta Berita Terkini
Haiwan Aktiviti Pendidikan Bayaran Masuk  
Pertanyaan
 
Mengenai Kami
 

Night Safari Taiping
Night Safari Taiping merupakan yang pertama di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu malam. Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi. Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi sambil berhibur serta menenangkan fikiran.

Zoo Taiping & Night Safari

Hayati Night Safari
Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas yang seakan-akan cahaya bulan. Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman in, pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di Night Safari kerana ini akan mengganggu haiwan yang dipamerkan,.
Waktu melawat
8.00 to 11.00 p.m
Dibuka setiap malam termasuk Cuti Umum.

8.00 to 12.00 a.m
Pada hari Sabtu dan malam sebelum Cuti Am.
 
Laman