 |
Dibuka
setiap hari sepanjang tahun termasuk hari Ahad dan cuti am.
8.30 pagi sehingga 6.00 petang.
|
|
 |

Majlis Perbandaran Taiping, pentadbir Zoo Taiping telah memulakan
satu skim anak angkat yang memberi peluang kepada individu, orang
awam, badan korporat atau lain-lain agensi yang berminat untuk memilih
seekor atau sekumpulan binatang peliharaan di Zoo Taiping untuk
dijadikan anak angkat. Bakal 'ibu bapa angkat' ini akan menanggung
kos peliharaan binatang tersebut selama setahun.
Orang ramai juga mempunyai pilihan untuk menaja perkhidmatan berkaitan
serta kemudahan yang lain seperti landskap, papan tanda, pondok
rehat dan infrastuktur lain yang difikirkan perlu. Pihak yang berminat
boleh berunding dengan pihak Majlis untuk mendapatkan projek yang
sesuai dari segi kemampuan atau keperluan.
|
 |
1.
|
(PLATINUM) RM50,000.00 KE ATAS
|
- 200 Keping Pas Khas Percuma Zoo Taiping dan 200 Keping Pas Khas Percuma Night Safari.
- Satu Plak Khas Di kandang Pameran Haiwan Yang Ditaja Bersaiz 18”x12”.
- Tertera Nama Penanja Pada Papan Makluman Penaja Yang Dipamerkan Di Kawasan Pintu Masuk Zoo Taiping & Night Safari.
- Dua Pas letak kereta percuma (untuk dua buah kereta) bagi tempoh setahun di kawasan Majlis Perbandaran Taiping.
- Pengecualian cukai pendapatan.
|
2.
|
(EMAS) RM30,000 – 49,000

3.
|
(PERAK) RM10,000 – 29,999 |
- 50 Keping Pas Khas Percuma Zoo Taiping dan 50 Keping Pas Khas Percuma Night Safari.
- Satu Plak Khas Di kandang Pameran Haiwan Yang Ditaja Bersaiz 18”x12”.
- Tertera Nama Penanja Pada Papan Makluman Penaja Yang Dipamerkan Di Kawasan Pintu Masuk Zoo Taiping & Night Safari.
- Satu Pas letak kereta percuma (untuk Satu buah kereta) bagi tempoh setahun di kawasan Majlis Perbandaran Taiping.
- Pengecualian cukai pendapatan.
|
4.
|
(GANGSA) RM1,000 – 9,999 |
- 10 Keping Pas Khas Percuma Zoo Taiping dan 10 Keping Pas Khas Percuma Night Safari.
- Satu Plak Khas Di kandang Pameran Haiwan Yang Ditaja Bersaiz 18”x12”.
- Tertera Nama Penanja Pada Papan Makluman Penaja Yang Dipamerkan Di Kawasan Pintu Masuk Zoo Taiping & Night Safari.
- Pengecualian cukai pendapatan.
|
5.
|
(IKHLAS) RM100 – 999 |
- 2 Keping Pas Khas Percuma Zoo Taiping dan 2 Keping Pas Khas Percuma Night Safari.
- Pengecualian cukai pendapatan.
|
|