

Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak
di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki
Bukit Larut (Maxwell Hill) Keindahan alam semulajadi yang menarik
seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan
lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo
Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara
Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 36 ekar ini, Zoo
Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran
haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan
mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik
dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan
kandang yang sesuai.
Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1200 ekor binatang yang terdiri
daripada 140 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada
Harimau, Singa, Gajah, Badak Air, Zirafah, Enggang, Orang Utan dan
lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar
ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan
adalah seperti Harimau Belang, Singa, Siamang, Rusa, Nilgai, Burung
Kuak dan banyak lagi.


Rekreasi
Para pelawat berpeluang untuk melihat
hidupan liar yang dipamerkan dalam suasana semulajadi sambil berehat
dan bersuka-ria.
Pembelajaran
Peluang yang menarik untuk mempelajari tentang hidupan liar disamping
menghargai alam semulajadi.
Konservasi
Ini merupakan peranan yang penting. Pemeliharan Ex-situ dilaksanakan
seiring dengan pemeliharaan In-situ.
Kajian
Melalui kajian yang dijalankan, kita akan dapat mempelajari perkara
baru mengenai hidupan liar. Profesional dan amatur juga boleh menjalankan
kajian hidupan liar yang terdapat di zoo ini.
|